WASPADA PENIPUAN MELALUI AKAUN WHATSAPP
Baru-baru ini, kerap dilaporkan tentang penipuan melalui WhatsApp. Sehubungan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) ingin menasihatkan orang ramai agar berwaspada dengan taktik penipuan yang bertujuan mengambil alih akaun WhatsApp pengguna. Taktik ini menggunakan pelbagai helah bagi memperdaya pengguna supaya menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima daripada pihak WhatsApp.
Kod pengesahan tersebut amnya diterima oleh pengguna untuk tujuan pengesahan apabila berlaku cubaan pertukaran nombor telefon yang dikaitkan dengan sesuatu akaun WhatsApp. Pengguna yang terpedaya menyerahkan kod pengesahan tersebut boleh menyebabkan akaun WhatsApp mereka diambil alih oleh scammer.
Pautan rujukan:
https://faq.whatsapp.com/general/account-and-profile/stolenaccounts/
https://faq.whatsapp.com/general/received-verification-code-withoutrequesting-it/
MCMC mengesan beberapa helah dan modus operandi yang digunakan seperti berikut:
1) Scammer menyamar sebagai rakan atau ahli keluarga dengan menggunakan akaun WhatsApp (milik rakan atau ahli keluarga) yang telah berjaya diambil alih sebelum ini; dan seterusnya merayu bantuan pengguna untuk menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima.
2) Scammer menyamar sebagai kakitangan WhatsApp dan meminta pengguna menyerahkan kod pengesahan 6-digit yang diterima.
3) Scammer sengaja membuat beberapa cubaan pengesahan yang gagal. Lantaran itu, sistem WhatsApp akan seterusnya membuat panggilan automatik ke nombor pengguna untuk memaklumkan kod pengesahan.
a) Scammer kemudiannya melakukan penyamaran dan berhubung dengan pengguna untuk mendapatkan kod berkenaan;
atau
b) Sekiranya pengguna tidak menjawab panggilan automatik daripada WhatsApp dan ianya masuk ke peti mesej suara pengguna; scammer akan cuba meneka (melalui proses cubaan rambang) atau meminta kata laluan atau PIN peti mesej suara pengguna, untuk mengakses rakaman tersebut.
Sehubungan itu, para pengguna adalah diingatkan agar:
1) Berwaspada terhadap permintaan kod pengesahan 6-digit WhatsApp daripada mana-mana pihak berikut:
- mesej orang yang dikenali (seperti rakan atau ahli keluarga);
- mesej atau panggilan orang yang tidak dikenali; atau
- pihak yang mengaku sebagai kakitangan WhatsApp, serta lain-lain pihak termasuklah pihak berkuasa.
2) Tidak sama sekali menyerahkan kod pengesahan 6-digit WhatsApp kepada mana-mana pihak.
3) Melindungi akaun WhatsApp dengan pengesahan dua langkah (two-step verification). Ikuti aturan tetapan WhatsApp Settings > Account >Two-step verification >Enable, dan turuti arahan yang disediakan.
(Pautan rujukan: https://faq.whatsapp.com/general/verification/howto-manage-two-step-verification-settings/).
4) Tidak sama sekali menyerahkan kata laluan atau PIN bagi peti mesej suara kepada mana-mana pihak.
5) Memastikan kata laluan atau PIN peti suara adalah rumit dan sukar untuk diteka.
Pengguna yang telah menjadi mangsa pengambilalihan akaun WhatsApp adalah disaran untuk mengikut langkah-langkah seperti di pautan berikut untuk mengambil alih semula akaun WhatsApp yang dirampas.
(Pautan rujukan: https://faq.whatsapp.com/general/account-andprofile/stolen-accounts/).
Bagi melindungi diri daripada sebarang kemungkinan perbuatan jenayah, pengguna yang menjadi mangsa boleh membuat aduan dan laporan berhubung pencerobohan atau pengambilalihan akaun WhatsApp kepada balai polis berhampiran atau kepada MCMC menerusi saluran berikut:
Portal Aduan MCMC: https://aduan.skmm.gov.my
E-mel: aduanskmm@mcmc.gov.my
WhatsApp: 016 – 220 6262
Telekom Malaysia Berhad (TM) wishes to highlight that there is a scam email being circulated that claims to be from the company notifying customers that they are a winner of cash prizes under a programme called “Bonus Hadiah Keluarga TM”. The message then requests for the recipients to provide their personal details to enable them to claim the cash prize.
We would like to clarify that these emails were not issued by TM, and we strongly advise the public to ignore it.
TM confirms that it DOES NOT run any family gift bonus, lucky draw, lottery or other enticing, suspicious programmes that requires recipients’ personal details to claim any prizes. Messages sent using such modus operandi are clear signs of a fraudulent scam. We urge all members of the public who receive such messages to ignore them and we caution everyone to NEITHER REPLY NOR PROVIDE ANY PERSONAL DETAILS.
We would also like to take this opportunity to advise all Internet users to be ever mindful and cautious if they ever receive such messages from suspicious e-mail addresses or unknown phone numbers. TM also urges members of the public who receive calls, e-mails, or messages via SMS from unknown, suspicious individuals to immediately refer the matter to the relevant authorities, or contact the National Scam Response Centre (NSRC) at 997. As an added precaution, they may also check with the relevant organisations before participating in any contest or reward programme.
At TM, the safety and security of our customers remain the highest priority and we strongly condemn such unscrupulous activities. Furthermore, any misuse of TM’s name and logo is a serious offence and may result in prosecution.
If you have received suspicious emails or calls from companies that claim to act on behalf of or are representatives of TM, customers are advised to contact us via the below digital channels for clarification.
▪ Live Chat with TM via the myunifi app
▪ unifi self-help portal at unifi.com.my/chat/index.html
▪ Facebook at facebook.com/weareunifi
▪ Twitter at @helpmeunifi
Your feedback matters to us!
We are committed to deliver the best internet experience for all Malaysians. Scan the QR code below to participate in MCMC’s Broadband Quality of Experience Survey 2022 (BQoES 2022) and share us your thoughts or let us know how can we do better.